Sekhet-Aaru Kepercayaan akhirat Mesir Purba

Lukisan Aaru di makam Sennedjem di Deir el-Medina. Gambaran "Padang Mensiang" dalam Papirus Ani, kini berada di Muzium British.

Sekhet-Aaru, "Padang Mensiang", adalah destinasi terakhir untuk semua jiwa yang dibenarkan lahir semula. Konsep ini berkembang pada Dinasti Kelima.[42] Sekhet-Aaru dipercayai sebagai syurga dan nampak seperti ini: sebuah kawasan yang hijau dan subur, dipenuhi dengan air terjun dan keajaiban semula jadi yang lain.[43] Seni Mesir, seperti Papirus Nebseni, menggambarkan tempat ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian dibayangkan sebagai pulau, dan kapal atau perahu adalah perlu untuk menerokainya.[44]

Orang yang diberikan pergi ke Padang Mensiang adalah para dewa dan jiwa yang soleh. Kesuburan tanahnya sangat penting kerana di situ letaknya dua ganjaran hidup abadi: akses ke Sungai Nil, dan kebolehan menanam makanan. Disebabkan ini, si mati boleh makan dan minum juadah yang sama dimakan oleh para dewa. Kepercayaan ini mengukuhkan idea bahawa dengan menjadi abadi, manusia juga dapat mendekati sifat dewa. Ganjaran khas ketiga tinggal di Sekhet-Aaru ialah kebolehan berkomunikasi. Si mati dapat menyampaikan fikiran dengan satu sama lain, para dewa, dan orang-orang yang telah meninggal sebelum ini.[42]